Hujan pula tidak berhenti dari pagi sampailah ke petang...orang kata itu hujan rahmat....Alhamdullilah. Pada sebelah petang kami ke rumah Tok Su di Kampung Jawa. Haziq pergi naik kereta Gen2 Auntie Nissa. Best sangat naik kereta ni. Sampai di rumah Tok Su, Haziq pujuk abah suruh beli kereta macam Auntie Nissa...tapi Abah gelak aje. Atuk tak dapat ikut sama ke rumah Tok Su sebab dia ingin berjumpa sedara masa di Rantau Panjang. Sambil Haziq menjemput Tok Su sempena Majlis Berkhatan Haziq pada 21.12.08 nanti, kami juga sempat berhari raya. Di sini ada Uncle Long, Nde Long, Uncle Kue, Nde Eja serta anak-anak mereka. Sungguh meriah sekali suasananya. Di sini kami dijamu dengan Nasi Impit, Rendang Ayam, Rendang Daging dan Kuah Kacang. Semua ni Tok Leha isteri kepada Tok Su yang buat. Sungguh sedap sekali. Mama tak kasi Haziq makan kuah kacang, tapi Haziq makan juga sebab rasanya sungguh enak sekali. Orang kata kalau kita tengah berpantang, tapi kalau makan sikit-sikit boleh jadi ubat....hehehe...entahlah.
Selepas ke rumah Tok Su, kami pergi ke rumah Tok Kin. Memandangkan Tok Kin tak ada, kami cuma tinggalkan kad jemputan di peti surat sahaja. Selepas itu kami terus ke Tesco Setia Alam.
Di Tesco Setia Alam, mama beli bahan-bahan untuk kenduri Haziq nanti. Di sini Uncle Didi belanja Haziq main game kereta lumba, walaupun Haziq kalah, namun Haziq tetap berpuas hati sebab cita-cita untuk bermain game di Arcade telah berjaya sebab kalau Haziq ajak Abah, mesti Abah banyak alasan....tapi Haziq faham...Abah kurang berminat dengan perkara-perkara yang membazir ni. Sementara menunggu mama membeli belah, Haziq ajak Uncle Didi 'survey' harga PS2. Boleh tahan juga harganya...RM499.00. Haziq pun kasi tau Abah. Sekarang terpulanglah pada Abah untuk membuat keputusan. Haziq tak kisah. Lepas itu Uncle Didi ajak Haziq ke KFC. Mulanya Haziq ingat Uncle Didi gurau aje, rupa-rupanya betul-betul. Dapatlah Haziq makan ayam goreng KFC yang sehingga menjilat jari itu. Terima Kasih Uncle Didi.
Selepas penat ber'shopping', Mama ajak semua pergi minum teh tarik di kedai mamak. Memang dah menjadi tradisi kami, setiap kali kami pergi 'outing' penutupnya mesti ke kedai mamak. 'Culture' ni mulanya dari Uncle Anip lah. Kami kemudiannya makan malam di Kedai Mamak di bulatan Berkeley. Haziq minum Cocoa Ice Blended dan Roti Naan. Emmmm....sedap sungguh. Sebentar kemudian, Uncle Kimmy, Auntie Irra dan Auntie Wanie pun 'join' kami sekali. Mereka tak dapat turut serta dari awal kerana mereka semua baru sampai dari kampung mereka di Ipoh, Perak. Riuh rendah suasana di sini.








Sebentar kemudian Uncle Anip pula telefon. Dia sekarang berada di Kuantan, Pahang...beraya bersama keluarga Auntie Lynn. Rindu rasanya Haziq kat Uncle Anip sekeluarga. Harap masa Majlis Haziq nanti mereka dapatlah tidur rumah Haziq...boleh main sama-sama dengan Abg Daniel, Abg Daryl, Dani dan Daren.




Pada pukul 11.30 malam, kami semua bersurai ke rumah masing-masing. Sampai jumpa lagi semua.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment