Semalam Haziq pulang ke rumah. Pada malam harinya Embah, Wak Ida sekeluarga dan Wak Mislijah sekeluarga telah datang melawat Haziq. Wak Hadi telah membelikan Haziq satu set permainan motor yang istimewa sekali. Haziq berasa seronok sangat.
Pada hari ini jam 9.30am, Haziq ke Klinik Mesra pula untuk buat 'Dressing'. Dr Rosdi cakap luka Haziq telah sembuh. Dia juga memuji Haziq kerana pandai berpantang. Haziq rasa seronok sangat. Doktor juga berpesan agar sebelum benang tertanggal, jangan kenakan air. Ubatpun Haziq kena habiskan. Haziq bukanlah orang yang takut makan ubat, jadi pada Haziq ini semua bukan masalah.
Selepas pulang dari Klinik, Haziq singgah di rumah Uncle Zul untuk mengambil barang yang tertinggal iaitu T-Shirt dan kain pelikat. Selepas itu kami terus pulang ke rumah.
Hari ini Haziq cuma makan Nasi dan Sup Suhun. 'Special' mama masak untuk Haziq. Sedap sungguh rasanya.
Lepas makan, Haziq sempat bermain mainan yang Wak Hadi belikan semalam. Best sungguh. Sehingga sakit pun tak rasa. Lepas main Haziq pun tidur sebentar.
Hari ini Haziq juga telah 'berjaya' menguruskan diri Haziq sendiri...tak payah Abah tolong lagi. Lagipun hari ni Abah sibuk mengambil peperiksaan di tempat kerja. Tak tahu lah Abah boleh lulus ke tak sebab Abah tak ada masa nak mengulangkaji sebab jaga Haziq. Kesian Abah. Tapi apapun Haziq doakan agar Abah lulus dengan cemerlang. Kalau Abah lulus Haziq rasa bangga sangat. Kata Abah semasa Haziq tidur tadi Mama sempat mengulangkaji pelajaran kerana dia pun akan menduduki peperiksaan tak lama lagi. Itulah pengorbanan ibubapa Haziq...Haziq janji bila Haziq besar nanti Haziq akan balas jasa Mama dan Abah....
Itu lah cerita Haziq untuk hari ini.
Thursday, December 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment