Tepat pukul 9.00 pagi Haziq bersama Abah, Mama dan Kak Intan telah berada di depan Klinik Mesra & Daycare Surgery, 64, Jalan Rambai 2, Taman Rambai Indah, 42600 Jenjarom, Selangor. Perasaan cemas bercampur debar mula terasa. Tok Nab, Tok Din, Tok Yah, Uncle Zul, Makcik Ina, Auntie Ug dan Auntie Wanie pun turut sama menemani Haziq. Setelah mendaftar, jururawat memberitahu yang Haziq dapat nombor giliran yang ke-7. Lama juga tu. Tak apa lah. Apa nak buat. Seketika kemudian kami naik ketingkat atas Klinik tersebut. Disitulah nanti Haziq akan dikhatankan. Mama menasihatkan Haziq banyakkan berselawat bagi menghilangkan rasa gemuruh....Setelah beberapa kali berulang alik ke tandas.... Tetiba, tepat jam 10.30am...Muhammad Haziq....Muhammad Haziq... Nama Haziq mula dipanggil oleh seorang jururawat yang bertugas. Didalam bilik rawatan, Abah lah yang menemankan Haziq. Abah Haziq cuti tiga hari. Mama pula ada kat luar bilik sebab Mama cakap dia takut tengok darah. Kesian Mama. Tepat jam 11.15 pagi Haziq selamat berkhatan. Kata Abah Haziq dah masuk 'Jawi'. Apa maknanya Haziq kurang pasti. Yang penting, hilang segala debaran Haziq selama ini. Walaupun Haziq ada 'ternangis' sedikit tadi, tetapi itu bukan bermakna Haziq ni insan yang lemah. Sekurang-kurangnya, Haziq berjaya mengharunginya tanpa ada sedikit rasa gentar walaupun Haziq kerap pergi ke bilik air sementara menunggu 'turn' tadi..tapi itu bukan salah Haziq. 'It's Natures Call' . Disebalik segala debaran haziq, sebenarnya, perkara yang benar-benar menguatkan semangat Haziq adalah bila Mama dan Abah berjanji akan belikan Haziq PS2. Tapi tak tau lah..kalau dah memang tertulis itu rezeki Haziq, dapatlah Haziq PS2 yang menjadi impian Haziq selama ini.
Selepas Abah ambil ubat dikaunter, kami semua berangkat ke rumah Uncle Zul yang terletak tidak jauh dari situ. Malam ini kami tidur disana. Mama dan Abah tiada pengalaman untuk menjaga Haziq dalam keadaaan sekarang, oleh itu Makcik Ida yang memang baik hati, berjanji akan menjaga Haziq selama Haziq berpantang agar cepat sembuh. Boleh dikatakan, Haziq adalah antara insan yang kuat berpantang. Rasanya dengan cara berpantang yang Haziq amalkan i.e. tak minum air banyak, tak banyak bergerak dan makan nasi putih dan ikan masak pindang, rasa-rasanya dalam masa 3 hari Haziq boleh pulih macam biasa. Apa yang lebih menyeronokkan berada di rumah Makcik Ina ialah Haziq dapat bermain PS2 kegemaran Haziq. Lagipun disini ramai kawan..jadi tak lah sunyi kalau dibandingkan kalau Haziq tinggal dirumah.
Wednesday, December 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment